Jalan air Pengangkutan_di_Vietnam

Sebagai negara berpantai, Vietnam ada banyak pelabuhan utama, termasuk Cam Ranh, Da Nang, Hai Phong, Bandaraya Ho Chi Minh, Hong Gai, Qui Nhơn, Vũng Tàu, Cua Lo dan Nha Trang. Di pedalaman pula, rangkaian sungai negara yang menyeluruh memainkan peranan penting dalam pengangkutan luar bandar dengan lebih 17,700 kilometer (11,000 mi) jalan air yang boleh dilalui oleh feri, baj dan teksi air.[9][10]

Selain daripada itu, Delta Mekong dan Delta Sungai Merah penting bagi kebajikan sosial dan ekonomi Vietnam. Kebanyakan penduduk negara tinggal di sepanjang atau berdekatan delta sungai tersebut, malah dua bandar utama iaitu Bandaraya Ho Chi Minh dan Hanoi masing-masing terletak berdekatan delta Mekong dan Sungai Merah. Di Laut China Selatan, Vietnam kini menguasai sebahagian besar wilayah dipertikai Kepulauan Spratly yang menjadi punca perbalahan antara China dan negara-negara jiran lain.[11]

Rujukan

WikiPedia: Pengangkutan_di_Vietnam http://www.smh.com.au/travel/vietnam-to-build-high... http://www.etravelblackboardasia.com/article.asp?i... http://www.indexmundi.com/vietnam/waterways.html http://www.globalsecurity.org/military/world/war/s... http://www.travelblog.org/Photos/4708303 http://www.vece.com.vn/duongcaotoc/category/1167 http://batgt.camau.gov.vn/bien-chi-dan-tren-duong-... http://batgt.camau.gov.vn/bien-chi-dan-tren-duong-... http://www.gso.gov.vn/default.aspx?tabid=622&ItemI... https://www.nytimes.com/2007/02/06/business/worldb...